Geng Bas Sekolah

March 30, 2010

Apa Motif Wee Choo Keong

Semalam semasa menonton Buletin Utama, tiba tiba badut ini muncul. Wee Choo Keong merupakan ahli Parlimen Wangsa Maju (PKR) tiba tiba mendedahkan wujudnya "Little Napoleon" didalam PKR. Kalau bagi Zulkifli Nordin pula istilah yang digunakan adalah "Firaun Kecil".

Wee Choo Keong ini dedahkan ada pihak didalam PKR yang sanggup mereka reka cerita serta mencipta gambar palsu untuk mengaibkan tokoh politik negara didalam internet.

Bagi aku cerita ini sebenarnya adalah yesterday news. Semua orang dah tahu terutama bagi mereka yang benar benar arif permainan politik kotor PKR terutamanya Anuar Ibrahim. Cuma yang menjadi tanda tanya pada aku, mengapa tiba tiba ahli Parlimen Wangsa Maju ini membuka mulut.

Adakah beliau benar benar berniat baik suci lagi tulus. Atau kerana mahu menjaga periuk nasi sebelum bocor bersama PKR. Ataupun kerana tidak mendapat apa apa projek dari PKR. Atau apa apa sahaja..

Apakah agenda Wee Choo Keong sebenarnya? Dan selama Wee Choo Keong menjadi ahli Parlimen Wangsa Maju, apakah jasa beliau kepada pengundi disana? Adakah semua kaum di Wangsa Maju mendapat hak pembelaan yang sama. Tidak seperti Lim Guan Eng, hanya peniaga cina diberi peluang?

Adakah Wee Choo Keong juga ingin menjadi parti bebas? Semakin pelik perangai ahli ahli Parlimen PKR sejak kebelakangan ini.

3 comments:

YANG GAMBI said...

YB Raz, waima apa pun niat yg tersirat, apa yg jelas kemungkaran PKR dan pakatan dengan sendirinya terpapar tanpa diminta.........

Anonymous said...

Tak lama Wee Chee keong kuar parti la tu..he he he

Jeepers Creepers said...

yg gambi :biasalah didalam politik, semua boleh berlaku..dahulu masa umno lemahpun, mic dan mca banyak bunyi..bila umno dah kuat, senyap balik..

anon: hanya masa tentukan...