August 17, 2015

JUMPA BOSS FACEBOOK UNTUK SELAMATKAN NAJIB ?


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Tun Said Keruak mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera bertemu dengan penyedia platform media sosial Facebook, Google dan Twitter bagi mendapatkan kerjasama dalam mengekang penyebaran maklumat palsu dan khabar angin di Malaysia.

Katanya, sungguhpun mereka memberi kerjasama dengan pelbagai pihak berkuasa Malaysia dalam usaha itu, tahap kerjasama tersebut perlu dipertingkatkan lagi.

"Terdapat undang-undang di Malaysia yang mentadbir penyebaran maklumat palsu dan belum disahkan, dan adalah salah di sisi undang-undang jika maklumat itu dimuat naik dan disebarkan kepada umum," katanya dalam blog beliau. - BERNAMA

Hehehehe seorang lagi pelawak yang menggantikan Hassan Malik. Nak suruh Mark Zukerberg buat apa ? Nak minta Mark pujuk pengguna Facebook Malaysia supaya jangan kondem Najib dalam Facebook dan Twitter ? Takkanlah semua tauke media sosial ni nak pantau semua akaun media sosial rakyat Malaysia.

China, Iran dan Turki boleh je sekat Facebook, Twitter dan Google tanpa menghadap tauke tauke media sosial ni. Tetapi Malaysia, nak tegakkan undang undang negara pun kena minta izin dulu.

1 comment:

Terima Kasih Di Atas Pandangan Yang Diberikan