June 8, 2015

HANG PI MANA ? SAUDI ARABIA ?


Sepertimana yang kita tahu, Sabah dilanda gempa bumi. Selama ini Sabah memang pernah terasa gegaran kerana ia terletak berhampiran dengan kawasan gempa. Tetapi kali ini ianya bukan lagi berlaku didasar laut sebaliknya di Sabah sendiri. Dibawah tanah daratan. 

Selepas gempa, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir ada datang melawat mangsa. Hj Hadi datang juga malah Lim kit Siang pun ada. Tetapi di mana Najib ? Tiba tiba Najib nun dah sampai Arab Saudi. Bincang pasal kuota Haji, Rohingya dan masalah Yemen.

Bincang minta tambah kuota Haji, ok itu patut. Tapi pasal Rohingya dan Yemen ? Rohingya ? Yemen ? Rohingya ? Yemen ? Apa kejadahnya nak peduli puak tu. Tak ada kaitan langsung dengan Malaysia. Sudah sudahlah nak tanggung beban negara lain. Selesaikan dulu masalah negara sendiri. (Klik Sini)

Lepas tu Najib pun sibuk nak bermuafakat dengan kaum Pas. Nampak sangat Najib tak ada konfiden pada ahli dan penyokong UMNO sendiri. Sampai nak berkawan dengan kaum PAS. Padahal aku dah cakap dulu, kaum PAS tidak akan sesekali redha dengan orang UMNO. Hidup dan mati mereka hanya nak lawan orang UMNO. Boleh pulak Najib nak kawtim dengan kaum PAS.(Klik Sini)

Sebab apa Najib nak kawtim dengan kaum PAS ? Sebab rakyat dan penyokong UMNO pun dah tolak dia. Kalau buat Pilihanraya esok, memang PR boleh menang besar. Sebab masalah ni dari dia. 1MDB, Jho Low, Rosmah. Aiii penat dah nak cover dia ni. Paling aku benci dengan syaitan syaitan keliling dia. Rasa nak rejam je sekor sekor. Dulu aku memang sokong Najib. Tapi lepas satu persatu masalah orang keliling dia buat, dan dia buat tak kisah, aku dah fedup lah.

6 comments:

  1. PELEMBAGAAN kebangaan KERAJAAN
    UMNO membentuk Negara.1957

    Article 11: Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warga negara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan UMNO (Drangka oleh Lord Reaid –Kafir British) yang memerdekakan orang Melayu tahun 1957.

    Perlembagaan itu lah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal.

    Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.

    Maksud agama rasmi kita Islam: adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam.
    Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.

    Tahun 1997,

    Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

    Setakat kes Aisyah,

    dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang bertubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman SKULAR BARAT.

    Undang2 Islam hanya digunapakai untuk nikah kahwin dan pembahagian harta pusaka ..... selebihnya ikut undang2 Sekular Barat yang ternyata menolak Islam (KAFIR).Dimana Maruah Org Islam Malaysia.???

    Adakah ini yang dibangakan Kini, Dulu dan Selamanya.

    ReplyDelete
  2. PELEMBAGAAN kebangaan KERAJAAN
    UMNO membentuk Negara.

    Article 11: Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warga negara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan UMNO (Drangka oleh Lord Reaid –Kafir British) yang memerdekakan orang Melayu tahun 1957.

    Perlembagaan itu lah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal.

    Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.

    Maksud agama rasmi kita Islam: adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam.
    Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.

    Tahun 1997,

    Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

    Setakat kes Aisyah,

    dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang bertubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kitasendiri.

    ReplyDelete
  3. Apa masalah ko dengan najib..dia dah dijemput dan rancangan serta jadual telah siap awal lagi .. ada urusan politik..ada urusan ekonomi dan segala macam urusan deplomatik dengan Raja Saudi yg baru ..

    Kalau pun ranap seluruh Sabah .. apa perlunya Najib hadir di sana?? dia tuhan ker? atau doktor ?? atau malim?? pilot helikopter?? ahli medic?? bomba dan penyelamat??

    Berhentilah menulis macam orang "lembam" !!

    ReplyDelete
  4. Hang jangan dok merapu meraban. Najib ada jemputan dari Raja Saudi yang telah dijadual lebih awal. Manakala TPM akan memangku jawatan PM semasa ketiadaan najib... jadi apa masalah. Adakakah setiap kali musibah datang najib wajib hadir. Apa fungsi TPM. Kalu najib pergi sekali pun dia bukan nak panjat gunung pi buat search n resque, Yang dah mati tidak akan hidup semula. Inilah mentaliti yang patut dibuang

    ReplyDelete
  5. Komen kebudak-budakan. Sdr ingat jemputan seseorg ketua negara yg telah diterima boleh dibatalkan mcm membatalkan jemputan makan malamkah? Cross border diplomacy bukan sesenang itu terutama yg akan membawa pelbagai manfaat kpd rakyat dan negara kita. Kehadiran PM ke tempat kemalangan bukan boleh menghidupkan yg dah mati ttp setakat menunjukkan yg PM perihatin. Tetapi bandingkanlah dgn manfaat yg akan diperolehi oleh rakyat yg masih hidup melalui kunjungan ke negara Saudi ni. Bolehkah PM Malaysia bagitahu kapada pemerintah Saudi yg ia mahu bincang tentang isu kuota haji saja tapi isu lain dia tak minat nak bincang?

    Nak berbaik ngan PAS pun jadi tentangan jugakah? Apa salahnya sesama islam sesama Melayu nak bersatu? Kenapa sdr bersifat terlalu negatif? Apalah salahnya berbincang dan cuba cari titik persamaan yg mencukupi utk menjayakan perhubungan sesama bangsa dan agama.

    Sepatutnya isu yg sdr bentangkan di atas tak perlu dibankitkan kerana ia hanya mencerminkan kebengkrapan sdr utk menganalisa isu-isu yg lebih menentukan halatuju pemerintahan negara. Personal attack begini yg tak berlandaskan coherent argument hanya mencerminkan ketidakmatangan pemikiran saudara.....penulisan syok sendiri!

    ReplyDelete
  6. Budak kecik ni x dengar warta berita dan x baca berita perdana. Cakap ikut sedap mulut je. Kan eluk Najib berbaik ngan Arab Saudi. Malaysia susah Arab Saudi tolong. Lagipun Najib balik terus ke Sabah. Selain itu dia juga umumkan bantuan kepada Sabah. Apa lagi kau mahu hai budak kecik?

    ReplyDelete

Terima Kasih Di Atas Pandangan Yang Diberikan