Mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dalam pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dengan Malaysia dalam sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yang diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.
Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yang kecil tanpa minyak dan yang terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas. Pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi kerajaan. Beliau tahu dengan rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.
Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini. Negaranya tiada air tapi dengan air yang dibelinya dari Johor, dengan air itu juga dia membuat duit untuk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dengan air, dijualnya air tapi dibeli dengan harga lebih mahal daripada Singapura.
Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kepada minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak untuk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dengan keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yang berminat mengimport tenaga mahir.
Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan jutawan dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi untuk menyimpan wang mereka.
Berbanding dengan Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan untuk menjana ekonomi rakyat?
Kepimpinan negara yang baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dengan sumber alam semulajadi yang begitu banyak Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat untuk dikenakan dengan pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg banyak itu dibelanjakan???
Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel untuk membangunkan ekonomi Singapura. Dalam erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri.
Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew banyak mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yang 'dungu' dan berpenyakit.
Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yang merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus untuk rakyat memikirkan kembali untuk berhenti merokok.
KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...
Pada tahun 1950 Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dengan Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kepada pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70an KL jauh lebih maju dari Korea. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dengan penguasaan teknologinya tinggi.
Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12
Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980. Kemudian lihat apa yang berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781
Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak tahun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dengan Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas.
Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yang mampu untuk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 5 tahun sahaja lagi. Agak agak boleh ke kawan?
Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas untuk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yang kononnya hebat ssngat tidak meminjam IMF, masih termengah mengah untuk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dalam negeri semakin menurun. Tentu ada yang tak kena dengan polisi yang ada sekarang?
Dari sebuah negara antara yang paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dengan baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yang sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia khasnya org Melayu sebab hiburan nombor satu.
Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya.
Selain itu antara membuatkan pelik dengan Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yang kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari orang miskin. Macam kes kapal Titanic la pulak.
Berbalik kepada negara Korea, mereka sudah jauh pergi dalam penciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yang paling digemari di seluruh dunia. Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 untuk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.
Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka.
Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yang bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dalam setiap negara.
Contoh, banyak ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen untuk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.
Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yang lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dengan nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.
Suruh rakyat berjimat, ambil subsidi rakyat. Tapi dalam masa yang sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%. Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.
Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya. Sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat macam tak rasa bersalah langsung.
Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dengan baik di kementerian terbabit sebab Menteri itu tahu kerja dia macam mana.
KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...
Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yang lesapkan.
Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yang baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yang tinggi utk rakyat mereka.
Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dalam isu yang lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yang kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.
Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.
Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kepada kalian. - SUMBER
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Di Atas Pandangan Yang Diberikan