Kebelakangan ini, aku lihat ada pihak tertentu yang cuba menjatuhkan DS Najib dengan cara menyerang beberapa pemimpin pemimpin lama UMNO. Malah media milik UMNO seperti Utusan Malaysia dan juga TV3 digunakan untuk menyerang mereka.
Mereka ini menggunakan nama DS Najib dengan alasan pemimpin pemimpin lama ini mempunyai niat tidak baik terhadap DS Najib. Paling memalukan, mereka mengambil hujah PR kononnya ada antara pemimpin pemimpin UMNO ini menyalahgunakuasa sehingga dapat mengumpul kekayaan.
KUALA LUMPUR 17 Jan. – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin diminta tidak menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat.
Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail berkata, Daim seharusnya memahami desakan agar beliau disiasat berhubung dakwaan memiliki kekayaan luar biasa itu hanya setelah ditimbulkan oleh para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut beliau, Daim juga sepatutnya sedar para pemimpin UMNO tidak akan berdiam diri sekiranya mana-mana pihak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Najib.
“Daim mesti ingat bahawa jika media propembangkang sanggup memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk menyerang Perdana Menteri, media arus perdana pun boleh menggunakan kaedah yang sama untuk menyiarkan maklum balas.
“Saya berharap Daim menggunakan saluran yang betul melalui pemimpin-pemimpin UMNO atau bekas-bekas menteri untuk menyampaikan pandangan atau teguran membina kepada parti dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin, Daim menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan terhadap perniagaan perbankan miliknya di luar negara.
Isu itu dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan beliau telah mengemukakan beberapa maklumat berkaitan dakwaan kekayaan luar biasa Daim kepada SPRM pada 14 April lalu.
Aku tak faham, kenapa Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail ini beriya benar ikut cakap Shamsul Pendek. Kenapa dia tidak pertikaikan kekayaan yang dimiliki oleh pakcik Anwar, Lim Guan Eng dan beberaqpa pemimpin PR yang lain ? Kenapa dia tak bercakap atau membuat laporan terhadap cina DAP yang menyebabkan banjir balak di Kelantan baru baru ini ?
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Di Atas Pandangan Yang Diberikan