December 1, 2014

PEMIMPIN MUDA UMNO KETINGGALAN BERBANDING DAP

DS Najib dan Muhyiddin gesa UMNO perlu diremajakan. Mahukan lebih ramai pemimpin muda diketengahkan. Sebaliknya DAP sudah lama berbuat demikian. PRU lepas DAP meletakkan anak muda sebagai calon mereka. Menang atau kalah, bukan isunya. Sebaliknya mereka hanya mahu menarik sokongan golongan muda kepada mereka. Mereka mahu menunjukkan bahawa DAP mesra golongan muda.


Untuk PRU akan datang, UMNO perlu benar benar berubah. Letakkan seberapa ramai calon muda, rapatkan saf dengan anak muda. Gesa atau mungkin paksa MCA, MIC dan Gerakan untuk berubah dan membuka pintu kepada golongan muda. Jika tidak, BN akan ditenggelamkan dalam PRU14 nanti.

1 comment:

  1. Semua ni retorik semata2

    Pada aku ni kerja KJ yang sedang dlm perancangan utk menduduki takhta no 1 secepat mungkin, sangat halus gerakkannya tetapi sesiapa yang mengikuti politik KJ ni akan dapat menghidu apa sebenarnya perancangan KJ

    Kj adalah pemimpin muda yg gagal, tapi tidak mahu mengaku kerana disokong oleh 'kebodohan' sebahagian ahli UMNO yang gagal membaca yg tersirat disebalik gerakan politik beliau

    KJ naik melalui 'pintu emas' dan bertakhta dikemuncak kuasa Pemuda dalam jangka masa tidak sampai pun satu dekad

    Nama KJ hanya muncul dalam senarai ahli UMNO di Rembau hanya setelah pak mertuanya berkuasa, kemudian melebarkan pengaruh sehingga ke Putrajaya sehingga dikatakan 'menguasai' tingkat 4 oleh ramai pemerhati politik dan para blogger semasa PRU 11, tak percaya sila semak semula arkib2 para blogger semasa PRU 11

    KJ juga dikatakan antara punca utama Selangor, Kedah ( 1 penggal ), Penang dan Perak ( sekejap ) jatuh ke tangan pembangkang kerana dia berpengaruh meletak calon semasa PRU 11 tersebut

    Inilah antara faktor utama Tun M menyerang Pak Lah dan UMNO 'anak beranaknya'sehingga Pak Lah surrender

    Harus diingat, selepas Najib mengambil alih, KJ tidak berpeluang menjadi menteri penuh, kenapa? Hanya selepas 'saudara'nya Shaziman tersingkir dari menteri penuh dan Mukhriz menjadi MB, KJ bernafas lega, semua ini ada kaitan dengan politik Selangor, kena ingat balik pertembungan KP Pemuda antara Khir Toyo, Mukhriz dan KJ, akibatnya sangat dashat, KJ sebagai KP Pemuda menang tetapi Selangor ditawan pembangkang kerana dendam kesumatnya kepada Khir, nak tahu kena tengok senarai calon DUN dan Parlimen Selangor masa PRU 11

    Menerusi retorik "Meremajakan UMNO' KJ mula membakar semangat dan angan2 anak muda untuk merebut jawatan dalam UMNO

    Najib dan Muhyidin tanpa sedar memberi laluan karpet merah untuk KJ and the ganag, lihat sahaja TAK SAMPAI SATU MINGGU KJ muncul untuk mempromosi Parlimen Belia yang akan bermula awal tahun depan

    Inilah intipati meremajakan UMNO ala KJ, Muhyidin tanpa sedar mungkin tidak akan merasa takhta no 1 dlm UMNO/BN kerana aku tak terkejut serangan psikologi lebih dashat sedang dan akan berlaku, kuncinya? Kenapa ada perwakilan yang beriya2 mahu mempercepatkan pemilihan UMNO dan SIAPA perwakilan?

    Kj sebagai menteri gagal dalam dua sukan terbesar dunia, Komanwelth dan sukan Asia,KJ menyeru pegawai yang gagal dlm 2 sukan tersebut berundur kerana gagal tetapi beliau tanpa segan silu masih bongkak 'membelasah' barisan pegawai2 dlm bidang2 sukan, bolasepak Malaysia juga masih gagal 'diubati

    KJ boleh bersatira tetapi beliau lupa tarian sumbangnya sentiasa dipantau

    Onar KJ dlm pemilihan kepimpinan Pemuda, karut marut KJ dlm PRU 11 dan kegagalannya selaku Menteri Belia dan Sukan telah kami catitkan

    Tidak salah golongan muda memegang tampuk kuasa tetapi mereka perlu sedar dan belajar semantap2nya. Golongan belia/muda kena muhasabah diri Malaysia yang semakin berkembang sekarang lahir dari perjuangan dan pengorbanan pejuang2 terdahulu yang sangat berbisa dengan kepimpinan dan ilmu ketoleransian

    KJ mengubah hukum kepada bantai dan sondol, beliau mungkin tidak mengetahui atau buat2 tak tahu, ada pejuang yg berdekad2 berjuang dlm UMNO hanya sempat menjawat AJK cawangan sahaja tetapi KJ terjun terus ke kerusi kuasa dengan sambutan karpet merah !!!


    Ramai yg menyatakan UMNO sekarang tenat, kenapa? Maka tuduhan mengatakan 'orang2 lama' dlm UMNO tidak memberi ruang, betulkah ?

    Cuma tolong berfikir di luar kotak. angkara siapakah yang menyebabkan banyak cawangan dan bahagian UMNO cacamerba

    Semuanya bermula dari zaman Pak Lah, zaman KJ adalah PM dan Pak Lah adalah boneka, lihat bagaimana dashatnya media massa digunakan untuk melanyak Tun M dan legasi beliau sehinggakan Rafidah Aziz, Samyvellu dan ramai ahli2 kabinet dan politikus negeri menyerang Tun M

    Kerja siapa ni ?

    ReplyDelete

Terima Kasih Di Atas Pandangan Yang Diberikan