Geng Bas Sekolah

December 4, 2014

ISU RUMAH RAKYAT - MASALAH TIADA PENYELESAIAN


Isu rumah kos rendah terus melilit kehidupan rakyat terutama orang orang Melayu. Kenaikan hara tanah dan bahan binaan dikata punca kenaikan harga rumah. Tetapi disebalik alasan itu, syarikat perumahan sebenarnya memang sengaja membina dan menjual rumah mewah. Dan juga terdapat usaha terancang antara parti politik kaum pendatang dengan pemaju perumahan bangsa mereka yang memang sengaja menjual rumah mahal bertujuan mengawal dan menguasai sesuatu kawasan.

Kaum pendatang giat membina rumah mahal bertujuan mengaut untung dan mengusir keluar orang Melayu terutama di kawasan bandar bandar besar. Mereka memanipulasi harga, menjual harga rumah terbabit dengan harga rendah kepada kaum mereka, sedangkan kepada orang Melayu, mereka jual dengan harga pasaran.

Dalam usaha menyediakan rumah mampu milik, Kerajaan menubuhkan PR1MA. Tetapi sehingga kini, usaha itu masih dilihat terlalu perlahan. Selain PR1MA, Kerajaan juga menyediakan PPRT untuk rakyat yang berada dibawah garis kemiskinan tegar.

Baru baru ini aku ada pergi ke sebuah hampung kerana ada program yang dijalankan dikawasan PPRT. Aku lihat rumah PPRT terbabit agak uzur. Sudahlah kawasan perparitan dan saliran air tidak memuaskan, kedudukannya juga yang agak berjauhan dari kawasan rumah kampung lain membuatkan penghuninya seakan akan dipinggirkan.

Tak dinafikan ada rumah PPRT yang boleh dikategorikan agak selesa namun janganlah kerana rumah terbabit berstatus PPRT, maka ianya dibina seakan akan melepaskan batok di tangga. Bina asal siap sudah. Dah macam rumah setinggan PATI pun ada.

Begitu juga di kampung kampung melayu, sebenarnya banyak lot tanah yang kosong berikutan waris tanah terbabit tidak lagi tinggal di kampung berkenaan. Ataupun mereka sememangnya malas mengusahakan tanah berkenaan. Mungkin Kerajaan boleh melihat mana mana tanah lot yang tidak dimajukan, Kerajaan boleh beli dan bina rumah kos rendah, dan dijual kepada rakyat miskin dengan bayaran ansuran berpatutan.


Aku rasa dimana mana kawasan FELDA terdapat lot bangunan kedai yang disewakan kepada orang melayu untuk berniaga. Sebagai contoh di Mempaga, ada kawasan lot kedai, yang dijadikan tapak pasar malam. Apa kata FELDA memajukan kawasan terbabit, membina lebih banyak lot kedai dengan rekaan moden, menyediakan jalanraya yang sempurna dan menggalakkan anak Melayu berniaga. Secara tak langsung kawasan terbabit boleh menjadi bandar orang Melayu.

FELDA juga boleh membina rumah apartmen bagi menggantikan rumah lot. Ianya bertujuan menjimatkan penggunaan tanah disamping boleh membina lebih banyak rumah murah untuk orang Melayu. Mungkin cadangan ini tidak dipersetujui oleh generasi muda FELDA tetapi dalam keadaan sekarang, Kerajaan perlu berjimat disamping menyediakan lebih banyak rumah untuk rakyat. Generasi muda FELDA perlu berubah. Memiliki rumah sendiri dengan kos rendah adalah lebih penting tanpa mengira jenis rumah.