KUALA LUMPUR 3 Sept. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan arak serta rokok terbesar dengan penahanan 22 individu termasuk seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berpangkat pengarah dari sebuah negeri di utara Semenanjung.
Difahamkan, sindiket tersebut yang beroperasi di Zon Perdagangan Bebas Cukai, Pelabuhan Klang, Selangor terlibat dalam transaksi rasuah dan ketirisan sebanyak hampir RM1 bilion melalui aktiviti penyeludupan keluar dan masuk barangan itu daripada dikenakan duti dan cukai.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, individu lain yang ditahan dalam operasi di sekitar Lembah Klang hari ini turut melibatkan 11 pegawai JKDM dan 10 pemilik syarikat swasta serta ejen mereka.
Menurut beliau, operasi sejak semalam itu yang dijalankan secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara, CyberSecurity dan pasukan petugas khas turut merampas sejumlah wang tunai serta pelbagai barangan seludup dari sebuah gudang di pelabuhan itu.
"SPRM percaya tangkapan ini yang dibuat selepas pemantauan selama setahun berjaya menumpaskan dalang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak yang tidak dibayar duti di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai, Pelabuhan Klang.
"Turut ditahan adalah seorang pemandu lori yang sedang mengangkut barang-barang seludup. Operasi ini turut merampas wang tunai daripada individu terbabit dan barang yang diseludup dari gudang pelabuhan serta difahamkan, nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini mencecah ratusan juta ringgit," katanya dalam satu kenyataan di sini. - SUMBER

Tahniah kepada warga kerja SPRM bersama agensi lain yang turut serta.
ReplyDeleteYang dekat Kedah nih bila lagi nak tapau ?...
ReplyDelete:D hehehe...
ReplyDeletekalau tak mahu kegiatan jenayah ini berlaku lagi,PIHAK BERKUASA MENJATUHKAN HUKUMAN SEBAT KURANG KURANG 5 SEBATAN.
Pernahkah kita dengar cerita atau melihat video mengenai setiap tangkapan dadah atau barangan tak bercukai oleh pihak KASTAM DIRAJA MALAYSIA ada tertangkap sama si PENYELUDUP nya...
ReplyDeleteBolih terlepas????????
Rupa rupanya jawapan dah ada sekarang..
jadi tak heranlah tanggapanorang ramai memang benar bahawa KASTAM DIRAJA MALAYSIA paling BAPAK dalam kegiatan RASUAH.
Kastam dapat merampas dadah, barangan tak bercukai tapi mana manusia yang menyeludup benda benda tu semua....TERLEPAS???
ReplyDelete