September 19, 2014

IMAM GAY DIBURU KERANA CURANG



Kuala Terengganu - Bahana cinta ‘pak imam’, seorang pemuda sanggup dijadikan tempat melampiaskan nafsu songsang seorang imam warga emas di sebuah masjid di Gong Badak, di sini, sejak enam tahun lalu.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 24 tahun itu nekad membocorkan rahsia hubungan mereka kepada pihak berkuasa selepas dipercayai tidak tahan lagi melayan kerenah ‘kekasihnya’ itu yang didakwa sering berlaku curang dengannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, imam yang berusia 66 tahun itu dipercayai bukan pertama kali melakukan seks oral terhadap mangsa, malah boleh dikatakan hampir setiap kali mereka berdating iaitu sejak Januari 2008 lagi.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa kali terakhir suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya iaitu pada 4 Disember tahun lalu, kira-kira jam 11.30 malam di salah sebuah balai orang awam di kampung berkenaan.

“Suspek dikatakan telah mengambil kesempatan ketika mereka berjumpa memandangkan suasana persekitaran di situ gelap,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, mangsa mendakwa suspek sebelum ini banyak kali mengulangi perbuatan tersebut terhadapnya, bagaimanapun mangsa nekad membuat laporan polis disebabkan tidak tahan melayan kerenah suspek yang sering berlaku curang terhadapnya.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa pernah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada awal tahun lalu, namun bertindak menarik semula laporan tersebut kerana terpedaya dengan janji manis suspek yang ingin berubah.

“Mangsa mendakwa suspek sebelum ini pernah berjanji dengannya yang dia akan menjaga mangsa dengan sebaik mungkin dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

“Namun, suspek memungkiri janji tersebut, malah lebih menyebabkan mangsa marah selepas mendapati suspek ada menjalinkan hubungan dengan individu lain,” katanya.

Menurut Wan Abd Aziz, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. Katanya, usaha mencari suspek kini giat dijalankan.

3 comments:

  1. DAFUQ!!! ni betul-betul ke cobaan????

    ReplyDelete
  2. moga ALLAH lindungi malaysia jangan ada lagi imam macam tu....takut nanti jadi macam kaum nabi lut

    ReplyDelete
  3. Tak perlu berdolak dalih..kenapa penganut PAS perlu takut dangan vedio seks yang dikatakan besi tidak boleh jadi saksi...saya ulangi video SEX ZINA..pemimpin-pemimpin mereka.

    Plolitik tetap politik namun nafsu pemimpin sanjungan orang2 yang melebelkan alim dan tinggi peggangan aGamanya tetap tidak terlepas dari dosa.

    Yang pasti bila pemimpin PAS membuat fitnah seperti menfitnah kerajaan menjual minyak sawit kepada Israel dibuktikan salah mereka terus menerus menfitnah walaupun Saifudin Nasution dan PKR menarik balik cerita tersebut...maka tinggallah PAS hanyut dengan dosa fitnah dan disaman bersendirian ditinggalkan PKR yang menyelamatkan tengkok sendiri.

    ReplyDelete

Terima Kasih Di Atas Pandangan Yang Diberikan