February 2, 2012

Dewan UIama PAS Sepakat Menolak Anwar Ibrahim


Dewan Ulama Pas tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan The Wall Street Journal.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, tidak sepatutnya isu keselamatan Israel ditimbulkan kerana keutamaan pada masa ini adalah kepentingan serta hak rakyat Palestin yang wajar dikembalikan.

Beliau berkata, masyarakat Palestin telah lama tertindas di tanah air sendiri, oleh itu setiap rakyat negara ini perlu menyokong penuh perjuangan mereka.

''Saya tidak bersetuju dengan dia (Anwar) kerana mendahulukan soal keselamatan Israel. Isunya sekarang ialah penderitaan rakyat Palestin. Jika dia (Anwar) mendahulukan soal Palestin pasti saya bersetuju.

''Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, kita wajib menyokongnya dengan harapan rakyat Palestin akhirnya dapat hidup di tanah air mereka sendiri dengan aman,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas temu bual Anwar bersama The Wall Street Journal pada Khamis lalu yang antara lain Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dipetik berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.


Meroyan Nik Aziz bila Dewan Ulama PAS mengutuk pakcik Anwar dalam isu sokong yahudi zionis. Pakcik Anwar pulak dah terbelit lidah sampai tuduh media tempatan sengaja putar belit kenyataannya. Tapi masalahnya yang keluarkan kenyataan asal tu media mana? Bila masa pulak The Wall Street Journal tu media UMNO kan hahahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

  1. Di Indonesia, Pak Anwar Ibrahim memuji demokrasi disana.. tapi rakyat Indonesia kata 'Pak Anwar Ibrahim jangan tiru demokrasi kami'.. lihat link dibawah..

    http://politik.kompasiana.com/2012/02/02/anwar-ibrahim-jangan-tiru-demokrasi-kami/

    ReplyDelete

Terima Kasih Di Atas Pandangan Yang Diberikan