AKHIRNYA pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan. Keputusan tersebut tentunya menutup dilema penjawat awam yang hanya mempunyai tiga hari saja lagi untuk mengembalikan borang opsyen.
Sememangnya sejak SBPA diumumkan pelbagai reaksi dan kenyataan dapat dilihat - hangat dan dingin. Di sebalik khabar kenaikan gaji dan penyusunan jawatan, masih ada rasa tidak puas hati di kalangan penjawat awam terutama yang berpangkat rendah.
Perkara itu diakui sendiri oleh CUEPACS yang mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi berunding semula terma-terma dalam SBPA.
Persoalannya, adakah keseluruhan kakitangan awam di negara ini telah diberi penerangan dan penjelasan mengenai skim itu sebelum ia dilaksanakan. Atau sekadar memberi peluang kepada mereka menatap terma-terma sebelum borang dikembalikan?
Khabarnya, ramai penjawat awam masih kabur dan keliru mengenai SBPA. Kumpulan mana yang benar-benar dapat manfaat daripada skim tersebut - gaji rendah, pertengahan atau super skil.
Sumber perkhidmatan awam memberitahu, secara pukal golongan penjawat awam selain peringkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) hanya mendapat kenaikan paling tinggi RM320 dan purata memperoleh RM200. Itu mungkin di peringkat penjawat awam kategori gaji pertengahan. Bagaimana pula dengan kenaikan gaji untuk JUSA?
Khabarnya, kenaikan kategori itu paling menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga SBPA dilihat agak pincang daripada matlamat asal.
Kenaikan untuk JUSA dan ke atas dikatakan amat lumayan hampir menyamai gaji asas di tahap sedia ada (dilaporkan hampir RM5,500). Adalah diakui penjawat awam di peringkat JUSA mempunyai beban kerja yang agak besar, tetapi bagaimanapun pula dengan kakitangan rendah yang bertungkus lumus memberi perkhidmatan supaya golongan atasan dilihat membuat kerja?
Bukankah kesemua kategori dalam perkhidmatan awam sama penting kerana sumbangan mereka untuk sama-sama membangunkan bidang masing-masing.
Misalnya, jika guru-guru berkhidmat dengan cemerlang maka guru besar atau pengetua bakal mendapat nama yang baik, sekolah juga akan mencatatkan keputusan gemilang. Jadi adakah wajar jika kenaikan gaji guru hanya 1 peratus daripada kenaikan gaji guru besar atau pengetua.
Satu lagi dipersoalkan di dalam SBPA adalah pengenalan Kumpulan Premier. Ada kerunsingan dan kebimbangan selain tanda-tanya yang mesti dijawab atau diperjelaskan bagi mengelak salah sangka.
Sumber perkhidmatan awam membangkitkan persoalan mengapa kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk mereka walhal perkhidmatan kerajaan telah beroperasi dengan baik selama ini.
Kenapa perlu ada kumpulan baru sedangkan perkhidmatan awam di negara ini semakin cemerlang dan mampu menambah baik tanpa perlu kumpulan atau jawatan baru sebelum ini.
Biasalah kalau bukan pembelit, pembohong maka bukan pegawai Kerajaan ler. Sorry aku bukan jatuhkan Kerajaan tapi banyak kelemahan didalam pentadbiran yang ada sekarang.
Pekerja dibawah gred memang patut dibuang. Itu aku sokong sebab dorang memang lemau tapi apabila JUSA dapat gaji besar gila apahal? Kerja JUSA ni tengah panas ke? Membanting tulang empat kerat sampai layak dapat duit beribu ringgit? Angkat guni beras 100 200 kilo, toreh getah 200 300 pokok getah atau membajak sawah 5 6 ekar sampai melampau gila kenaikan?
Kepala otak dialah. Kerja semua orang bawah yang buat. Orang atas ni duduk goyang kepala lutut je. Bagi arahan suruh orang buat. Dia dok melepak kat coffe house, main golf, main china doll tu aku tak tahulah hahahaha. Buat reportpun suruh orang bawah taip. Lepas tu dia yang dapat nama, dia dapat kredit, dia yang dapat duit. Orang bawah yang buat semua kerja dapat penat je.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
Aku sokong ulasan bro
ReplyDeleteBIASAK LER BRO..YG SENANG NAK BERTAMBAH SENANG. YG SUSAH NAK LAGI SUSAH. YG ATAS BULI YG BWH..YG BWH NK BULI SAPE?..TGOK CM ANUWAR..ATAS BWH DIA BULI SAMPAI TERGADAI DARA/TERUNA KEHKEHKEHKEH
ReplyDelete