January 17, 2012

Orang Melayu Dikencing Pemimpin Sendiri


SATU lagi tapak perkampungan Melayu, Batu Uban yang terunggul di Pulau Pinang bakal ranap dan hilang pupus daripada pemandangan apabila pembangunan pesat dan arus deras komersialisme mengambil tempat.

Sebelumnya perkampungan Melayu Bukit Kecil dan beberapa tempat hilang lenyap di depan mata tanpa usaha mengatasinya. Kita pun seperti merelakan. Apa boleh buat sudah suratan. Terima sajalah takdir yang berlaku. Mungkin ada hikmah di sebalik pembangunan.

Terletak di halaman hadapan Universiti Sains Malaysia (USM), universiti penyelidikan tersohor yang berdiri megah sejak tahun 1969. Dalam kerangka pembangunannya selama 40 tahun lebih bagaimana institusi tersebut boleh terlepas pandang tentang nilai sejarah dan peradaban yang begitu tinggi di persekitarannya. Dalam lengkongan dan spektrumnya pula, daya pengesanannya mesti tajam.

Para peneroka dan tokoh-tokoh kita telah memulakan proses perbandaran dan asas ketamadunan. Lama sebelum datangnya pemodenan. Mereka telah memulakan tamadun bangsa.

Pelabuhan, pusat pentadbiran, institusi pendidikan dan kawasan strategik. Ternyata tempat yang mereka buka telah menjadi pusat pertumbuhan termaju termasuk USM sendiri.

Tidak jauh daripada USM terdapat rumah warisan Syed Sheikh Al Hadi dan pusara Allahyarham, Masjid Jamik Jelutong yang didirikan oleh Datuk Nakhoda Kecil pembuka Tanjong Penaga yang kini bernama George Town, perkuburan Datuk Keramat seorang peneroka dan ulama dari Aceh, rumah penulis novel Melayu yang pertama Ahmad Rashid Talu, Bukit Tok Setia dan Datuk Janaton di mana bertempatnya USM Minden Pulau Pinang kini.

Umum mengetahui rumah bersejarah Syed Sheikh Al Hadi sudah jadi apa? Kita sekadar boleh menyebut rentetan keunggulannya. Tokoh yang memulakan gerakan Islah di Malaya dengan penerbitan Majalah Al Imam. Tokoh pendidikan Islam moden dengan terasasnya Madrash Al Masyhur, tokoh persuratan dan pesuratkhabaran dengan terasasnya akhbar Saudara dan The Jelutong Press dan Pengarang emansipasi wanita Hikayat Faridah Hanum.

Malangnya rumah bersejarah tersebut kini terlepas daripada jangkauan kita dan lebih memilukan sekali apabila ditukar menjadi rumah peribadatan. Mungkin kita boleh menyebut retorika "Hanya bangsa yang besar mengenang jasa para tokoh dan pahlawannya". Kita telah gagal untuk menghargainya.

Harta intelek yang tidak ternilai ini telah terbazir dan disia-siakan begitu saja. Bagaimana kita hendak setanding dengan bangsa-bangsa yang besar. Mereka menghargai jasa para tokoh dan leluhurnya. Sedangkan kita tidak. Kita sekadar menyebut dalam sejarah tetapi kenyataannya warisan yang ada lenyap dan pupus di depan mata secara sedar.

Kini sebuah lagi perkampungan Melayu yang bersejarah Batu Uban bakal menjadi mangsa pembangunan. Juga sedang berlaku di depan lensa kita. Kajian demi kajian telah didedahkan tentang nilai sejarah dan peradaban yang tercetus di kampung ini.

Adakah sekali lagi kita akan terlelap, tidur berdengkur dan terus melupakan implikasi pahit yang memilukan ini.

Profesor Dr. Ahmad Murad Merican daripada Universiti Petronas, Perak menyatakan bahawa Batu Uban adalah pelabuhan yang pertama sebelum George Town. Dibuka oleh Datuk Nakhoda Nan Intan dengan restu baginda Sultan Kedah Tuanku Muhamad Jiwa, 50 tahun sebelum kedatangan Kapten Francis Light pada tahun 1786.

Buktinya terdapat masjid yang didirikan oleh beliau hingga kini. Penemuan demi penemuan telah didedahkan namun gagal menangkap sensitiviti para pemimpin kita. Rasanya bagaimana hendak menyampaikan mesej supaya para pembuat dan pelaksana dasar terjaga dan tersedar?

Ini isu dan krisis penting yang mencabar maruah kita dan mesti diselamatkan. Sebahagian kita kini sedang mamai dan mabuk dengan pembangunan ringgit dan sen yang memukau. Hakikatnya kita telah terpinggir dan mengalami kepupusan daripada segi budaya dan jati diri.

Bahaya telah menimpa ke atas generasi kini apabila melupakan sejarah dan merosakkan asas-asas ketamadunan bangsa. Apa yang hendak kita wariskan kepada mereka bahawa kita punya sejarah dan tamadun yang gemilang. Hanya kenyataan kosong tanpa bukti.

Mahukah kita meninggalkan sejarah kosong yang bakal diisi oleh orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kita. Jauh sekali untuk menghargainya.

Mereka punya sejarah dan kepentingan seperti yang ketara bila Pulau Pinang diisytiharkan Bandar Raya Warisan Dunia oleh UNESCO. Bagi mereka sejarah hanya bermula di era penjajahan. Kita pun tidak menafikannya.

Batu Uban adalah sebuah bandar dalam peta lakaran Kapten Walter Avis, peta pertama Inggeris sebelum membuka Pulau Pinang. Ia adalah pusat pengajian dan tumpuan ulama. Ia telah menjadi pelabuhan penghubung di antara Pulau Pinang dengan Alam Melayu.

Ia adalah pusat pentadbiran sebelum era penjajahan. Baginda Sultan Kedah berangkat ke sini dalam lawatannya ke Pulau Pinang. Jika Inggeris melakarnya sebagai bandar. Tentu ia penting dan punya nilai.

Di sini juga tercetusnya masyarakat Jawi Pekan atau Jawi Peranakan hasil perkahwinan Melayu dengan Arab. Di sini banyak bermulanya peradaban terawal, termasuk pusat pentadbiran dan kosmopolitan Alam Melayu, Nusantara dan Lautan Hindi hingga ke Hadramaut mengikut kajian Profesor Dr. Murad yang mendedahkannya sejak lima tahun yang lalu.

Ia adalah Living Heritage yang perlu dipelihara dan dipulihara supaya ia hidup berkembang menjadi kebanggaan warisan kita di Malaysia. Langkah yang strategik amat perlu bagi menyelamatkannya.

Kerjasama semua pihak didambakan untuk melestarikannya. Terutama kepada kementerian yang berhubung dengan warisan dan kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri.


Pemimpin negara tidak akan mempedulikan hal macam ni. Sekiranya ia tidak memberikan keuntungan, tidak menaikkan nama sendiri, jangan haraplah mereka ambil tahu. Nak harap kerajaan negeri Pulau Pinang? Aiyaa itu kampung orang melayu ke cina? Melayu? Jangan harap maa hahahaha.

Dalam hal ni, yang bersalah sebenarnya adalah Kerajaan BN dahulu. Mereka lalai menjaga kepentingan penduduk. Mereka sangka mereka tak akan kalah. Bila dah kecundang, macam nilah jadinya. Sepatutnya Kerajaan BN memberikan geran kepada penduduk kampung. Wartakan ianya sebagai kampung warisan. Ini bila dah jadi macam ni, memang tak boleh nak buat apa dah.
Inilah namanya menang bersorak, kampung tergadai.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

  1. SBB TU WARISAN YG ADA SKRG DI WARTAKAN SECEPAT MUNGKIN. KLU NAK TUNGGU LAMA2 APE LG YG TINGGAL BEB?..KILANG, KONDO, APARTMEN UTK YG KAYA RAYE. DAP PEDULIK HAPER??.."MALAYSIAN MALAYSIA IS MINE!..MINEE!!...ALL MINEEEE!!!!!!"...HARKK PTUIHH KEHKEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. nak diwartakan, kenalah kerajaan dap buat sebab dorang sekarang kerajaan negeri.kena lalui dorang dulu.

    tapi ni kg orang melayu. ingat dap nak tolong ke? jangan haraplah.

    sebab tu yang salah adalah kerajaan BN iaitu Gerakan. kalau dulu dorang wartakan, tak adalah jadi macam ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih Di Atas Pandangan Yang Diberikan