Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Barisan Nasional (BN) perlu memenuhi kehendak pengundi setempat dan bukan sekadar parti semata-mata bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
Di suatu bahagian di Pahang, ada bisik-bisik mengatakan bahawa wakil rakyat yang sudah lama tetapi masih menganggap dirinya masih pilihan rakyat sehingga sanggup mengugut jikalau beliau tidak dicalonkan maka semua wakil-wakil rakyat yang ada juga hendaklah tidak dicalonkan juga.
Ada wakil rakyat yang tidak memberi khidmat yang baik kepada rakyatnya namun masih tenggelam dalam mimpinya sendiri untuk terus berkuasa dan menganggap bahawa jikalaulah bukan dia yang jadi calon maka DUN atau Parlimen yang ditandingkan itutidak akan menang.
Ada bekas wakil rakyat yang sudah digugurkan kerana tidak memberi perkhidmatan yang baik sewaktu jadi wakil rakyat, namun merasakan dirinya hebat lalu bertindak mengutuk pucuk pimpinan parti melalui tulisan-tulisannya. Kemudian sanggup sertai parti rasis walaupun sedar dirinya hanya akan jadi alat semata-mata untuk membalas dendam kerana dirinya terbuang.
Sumber: BH
Aku sebagai orang muda memang anti gila gila dengan calon sebegini. Dah lah perkhidmatan teruk, ditambah pula dengan perangai buruk. Memang hina tahap gaban lah dipandang masyarakat orang yang macam ni. Nak dikutuk depan depan karang, nanti orang cakap tak hormat orang tua. Tapi kalau dah orang tua sendiri buat perangai, nak hormat camne lagi dah.
Untuk mengatasi masalah calon yang degil dan sanggup sabotaj parti, orang ini seharusnya dipecat saja daripada parti. Itulah jalan yang terbaik. Parti, masyarakat dan negara tidak perlukan orang sebegini. Dan lagi pengundi terutama generasi baru juga mahukan calon yang baru. Bukannya calon recycle yang sudah melebihi tarikh expired.
Bak kata Tukang Tiub “Hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.”
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Di Atas Pandangan Yang Diberikan