Beberapa anggota polis ditempatkan di lokasi lombong ‘emas’ Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee, di sini bagi mengelakkan orang ramai terus melakukan aktiviti mendulang batuan yang disahkan sebagai ‘emas bodoh’ atau pyrite itu.
Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berkenaan hari ini mendapati kawasan tersebut lengang, tidak seperti hari-hari sebelumnya yang sesak dengan orang ramai yang berebut mahu bergelar orang kaya segera.
Seorang penduduk, Ahmad Jidin, 65, memberitahu, masih ada segelintir individu yang ghairah mahu meneruskan aktiviti mendulang tetapi hasrat mereka itu dihalang oleh anggota polis yang bertugas.
“Pagi tadi masih ada lagi kerja-kerja mendulang di sini tetapi mereka diarahkan berhenti oleh anggota polis. Walaupun ada yang berdegil dan mahu meneruskan mencari ‘emas’ itu, tetapi polis berjaya mengusir mereka semua,” katanya yang tinggal berhadapan kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, seorang penduduk, Mohd. Nasir Awang, 27, tetap percaya batu berkilau yang dijumpai di situ adalah emas, bukannya pyrite yang tidak berharga seperti mana yang dijelaskan oleh Jabatan Mineral dan Geosains negeri.
Katanya, terdapat beberapa kenalannya yang mendulang di situ berjaya menjual batu-batu tersebut pada harga yang tinggi sehingga mencecah RM6,000.
Orang melayu kalau cerita cerita karut memang suka sangat percaya. Dahulu orang melayu kemaruk dengan cicak tokek. Kononnya boleh dijual sampai berjuta ringgit. Tapi sampai sekarang aku tak pernah dengar atau melihat orang melayu menjadi jutawan jual cicak bodoh tu.
Dan sekarang kes batu pulak. Ada yang dakwa batu tu sebenarnya memang berharga. Dan kalau betul, dia perlu kemukakan bukti yang kukuh. Suruh rakan dia tu tunjuk betul ke tak batu tu dia jual mencecah enam ribu ringgit. Dan ataupun mungkin pembeli tu yang bodoh sebab beli batu tu.
Sebab tulah aku tak pelik bila tengok orang melayu je yang jadi pemuja tegar pakcik Anwar. Sampai sanggup berguling, berjoget, melalak dan sanggup mati dibom. Semuanya sebab taksub dan percaya dengan cerita cerita karut lagi bodoh dari pakcik Anwar.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
ko tu yg bangang tak habis ikut cakap pakcik najib. Engkau Melayu yg cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar. Bodoh sombong, jahil murakab!
ReplyDelete