Geng Bas Sekolah

February 21, 2012

Runtuhnya Ketamadunan Orang Melayu


Perkampungan Melayu akan lenyap jika kerajaan di bawah pimpinan DAP terus memimpin negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Begitu luahan kira-kira 200 penduduk Kampung Masjid bersebelahan Kampung Pokok Assam di Jelutong berikutan tiada penjelasan mahupun perbincangan berhubung status penetapan mereka di kampung itu.

Pengerusi Persatuan Badan Bertindak Penduduk Jelutong, Zarus Yusof berkata, kesemua penduduk di situ menerima notis pembayaran pampasan untuk mengosongkan rumah masing-masing.

Beliau berkata, masalah utama penduduk ialah setiap persoalan yang dilontarkan kepada pihak kerajaan negeri tidak dijawab.

"Kami menerima notis dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri pada 30 Disember tahun lalu dengan menawarkan beberapa pampasan berupa wang tunai kepada penduduk menduduki lot 12 hingga 19.

"Kami khuatir kerajaan negeri hanya berpura-pura membeli tanah di sini, selepas itu tanah ini akan dijual kepada pihak ketiga untuk pembangunan rumah mewah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya tiada pilihan selain mencari pihak yang dapat membantu menyelesaikan masalah termasuk menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melakukan lawatan ke negeri ini semalam.

"Kami tidak bersetuju dengan pampasan berupa wang tunai berikutan ia ditawarkan dengan berlainan jumlah mengikut kedudukan rumah penduduk iaitu tawaran yang paling tinggi adalah RM180,000 manakala yang paling rendah adalah RM14,000.

''Apa yang kami inginkan pampasan berupa rumah kerana kami tidak mahu menjadi seperti penduduk Kampung Pokok Asam yang diberi pampasan sebanyak RM75,000 setiap rumah namun nasib mereka tidak terbela kerana tidak diberikan rumah.

"Apa yang membuat kami tidak berpuas hati adalah kerajaan negeri kerap melakukan pengusiran dengan pelbagai cara, namun jika diminta untuk berbincang, mereka enggan memberi kerjasama," ujarnya.

Penduduk turut mendesak Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman untuk berjumpa dengan mereka bagi mendengar serta memberi penjelasan mengenai masalah itu.

"Kami jemput mereka secara rasmi pun tidak dilayan malah tiada jemputan yang dihantar kepada kami untuk berjumpa dengan mereka di pejabat," katanya.

Mansor yang dihubungi petang semalam katanya, tidak menjawab panggilan bagi mendapatkan pengesahan.
Tambah Zarus, jika benar ada pihak ingin mengambil tanah di kampung berkenaan, pihaknya mendesak supaya pengambilalihan turut merangkumi lot 20, 21 dan 22 di Kampung Pokok Asam.

"Jika benar dakwaan PTG yang mengatakan pembelian tanah itu dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), kami mendesak supaya jabatan itu turut membeli tanah di Kampung Pokok Asam kerana ia telah dibiarkan kosong tanpa sebarang projek," katanya.


Nak minta tolong dengan Kerajaan Pusat? Aku rasa susah nak tolong. Sebab hal ini sekarang tertakluk pada bawah kerajaan negeri iaitu Regim DAP. Macam yang aku katakan dahulu, masalah rakyat terusir ini sebenarnya berpunca daripada kelemahan kerajaan Gerakan / BN dahulu.

Kalau kerajaan Gerakan dahulu memberi geran kepada semua penduduk kampung melayu, masalah ini tak akan terjadi. Tapi nasi sudah menjadi bubur. Gerakan dahulunya angkuh. Mereka sangka mereka tak akan kalah. Tapi sekarang bila mereka kalah, rakyatlah yang menjadi mangsa kezaliman kerajaan Rejim DAP.

Harap perkara ini menjadi pengajaran kepada orang melayu khususnya pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO termasuk Ketua bahagian jangan bersikap sombong. Rajin rajinlah melihat dan membantu rakyat. Uruskan semua masalah geran dan hak rakyat sebelum terlambat.

Kerajaan BN adalah tiang negara dan rakyat. Kalau Kerajaan BN tumbang, rakyat Malaysia bakal menghadapi sengsara yang dahsyat selepas era pendudukan jepun 70 tahun yang lalu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: