Geng Bas Sekolah

March 2, 2015

NAJIB PUJI SEMANGAT BELIA MELAYU


Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga terhadap semangat yang ditonjolkan oleh golongan belia yang menghadiri Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Putra Bukit Jalil di sini semalam.

Menurut Perdana Menteri, semangat yang ditonjolkan oleh masyarakat Melayu pada perhimpunan itu meyakinkan beliau bahawa bangsa Melayu akan terus melangkah menjadi bangsa yang disegani di mata dunia.

“Namun, Melayu tidak harus leka, Melayu perlu terus melangkah maju dan berdikari. Kita perlu tingkatkan usaha melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.
Advertisement

“Kita perlu memperjuang ke­pentingan agama Islam dan syiar­nya, mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu, menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana, menjaga nilai-nilai murni dan menjaga institusi keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Najib dalam Perhimpunan Perpaduan Melayu yang dihadiri 20,000 peserta telah menggariskan tujuh amanat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju pada abad ke-21 untuk menjadi kuat, hebat dan bermaruah.
Advertisement

Dalam status Facebook milik­nya itu, Perdana Menteri turut memuat naik beberapa gambar beliau pada majlis itu termasuk bermesra dengan para hadirin dan menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Menurut Najib, panduan yang digariskan itu perlu dijadikan wadah perjuangan yang dapat memajukan lagi bangsa Melayu.

“Saya yakin seandainya kita kekalkan keutuhan perpaduan dalam kalangan kita dan berusaha ke arah memajukan bangsa, tiada apa yang tidak mampu kita kecapi bersama,” katanya.

2 comments:

Unknown said...

Salam. Blog ini dipautkan ke spotthebloggers.blogspot.com .Mohon email kepada spotthebloggers@gmail.com sekiranya tn membantah. TQVM

Unknown said...

Terbaik PM kita,sesungguhnya agak sukar memenuhi kehendak semua,,walau bagaimanapun,,sebagai Bangsa Malaiu (Melayu) kita perlu dan mesti menyokong pemimpin kita..Taat setia...dan perkasakan bangsa