SEMALAM saya dihubungi oleh seorang yang pernah menjadi pakar strategis dan think tank kepada pentadbiran kerajaan yang terdahulu.
Dia mendedahkan satu maklumat yang menurutnya perlu dibocorkan sebelum terlambat.
Ia membabitkan soal kawasan pilihan raya. Walaupun isu ini bukan baharu atau luar biasa namun ia perlu dimaklumkan supaya nanti nasi tidak menjadi bubur.
Pihak pembangkang sekarang bukan macam yang dulu-dulu. Mereka sudah ada duit. Mereka ada dua negeri yang amat kaya iaitu Pulau Pinang dan Selangor.
Ditambah dengan semangat mahu menakluki negara Malaysia ini pada PRU akan datang, tindak-tanduk mereka cukup istiqamah.
Konon ceritanya DAP dan pakatan pembangkang lain sedang menjalankan kerja-kerja sulit mereka mendaftarkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain secara agresif sekali.
Mereka mengalihkan pengundi tegar mereka dari satu kawasan yang majoriti besar ke satu kawasan lain bagi membolehkan mereka menang di situ.
Pengundi itu tidak semestinya akan berpindah secara fizikal. Hanya alamat sahaja yang berubah. Semasa pilihan raya nanti mereka akan mengundi di kawasan alamat baharu itu.
Misalnya kita ambil contoh di Parlimen Seputeh yang majoriti DAP cukup besar melebihi 50,000 undi. Kempen dilakukan secara sistematik menukar pendaftaran pengundi dari situ, contohnya ke kawasan yang BN menang terlalu kecil, termasuk di bawah 1,000 undi.
Menurut maklumat itu ia sedang dilakukan di mana-mana. Bagi menjaga sensitiviti maka tidak perlulah saya sebut di mana kempen-kempen penerangan dan proses itu dijalankan.
Pernah dulu saya mendengar ramai pengundi dari kawasan Kedah bersempadan dengan Pulau Pinang kononnya dipindahkan ke Pulau Pinang bagi memastikan DAP terus memerintah negeri itu.
Mereka cukup fokus dalam strategi ini. Saya tidak pasti apakah parti lawan daripada pembangkang itu sedar mengenai perkara ini?
Saya tidak pasti apakah BN sendiri pun melakukan perkara yang sama?
Apakah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam hal ini? Apakah mereka sedar berlakunya lonjakan pengundi yang luar biasa dalam sesuatu kawasan. Jika berlaku apakah tindakan mereka?
Bagi saya ini semua ialah strategi untuk berperang. Siapa bijak dialah yang menang. Siapa lambat dialah yang kena pancung. - SUMBER

2 comments:
Dulu Pak Lah sekarang Najib lingkup Melayu, UMNO tengah buai mimpi tak habis, PKR dan PAS diperbodoh oleh DAP, UMNO beri muka kepada MCA sikap parasit lebih sudu daripada kuah.
Biasa la ...aku dah 4 ke 5 kali buat usul ini dlm mesyuarat....haram jadah usul digugurkan sebelum ke bahagian lagi
Post a Comment