Geng Bas Sekolah

September 29, 2014

PERTAHAN TANAH RIZAB MELAYU DARI DIJAJAH BANGSA ASING

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menjadikan isu Tanah Rizab Melayu sebagai antara agenda perjuangan pertubuhan itu dalam memastikan setiap tanah berkenaan yang diambil mesti diganti semula sebagaimana kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya memandang serius mengenai isu Tanah Rizab Melayu malah menyifatkan perbuatan tidak mengganti semula tanah rizab berkenaan sebagai jenayah yang melanggar undang-undang negara.

"Isu Tanah Rizab Melayu yang tinggal kira-kira 12 peratus sahaja adalah isu serius yang kita tidak boleh abaikan. Perkasa akan menganjurkan wacana dalam bentuk persidangan meja bulat mengenai isu Tanah Rizab Melayu dan kita akan jemput pakar-pakar berkaitan untuk kita buat rumusan.

"Perkasa akan terus memainkan peranan untuk menggesa kerajaan-kerajaan negeri supaya Tanah Rizab Melayu yang diambil mesti diganti semula dengan tanah yang sama luas serta sama nilai sebagaimana kehendak Perlembagaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Gabungan NGO Melayu dan Islam Penggerak Perpaduan Nasional di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, selain daripada isu Tanah Rizab Melayu, empat lagi perkara yang akan diperjuangkan oleh Perkasa adalah mempertahankan Akta Hasutan 1948, agenda ekonomi bumiputera untuk pengagihan kekayaan yang lebih adil, memperkasakan sekolah satu aliran dan menegakkan budaya integriti untuk kerajaan mencapai tadbir urus yang baik.

Jelas beliau, pihaknya telah menggerakkan rangkaian dalam kalangan pimpinan akar umbi Perkasa supaya bersama-sama menyokong Akta Hasutan dikekalkan berdasarkan semangat mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

"Dalam agenda ekonomi pula, kita mahukan langkah pembetulan kerana tidak wajar kaum majoriti (bangsa Melayu dan bumiputera) yang terdiri daripada 67.4 peratus penduduk negara ini memiliki hak ekonomi tidak sampai 30 peratus. Bila keadaan ini diperbetulkan, baru kita dapat wujud suasana harmoni antara kaum," katanya.

Berhubung agenda memperkasakan sekolah satu aliran, Ibrahim berkata, pihaknya bukan mendesak sekolah vernakular dihapuskan sebalik menggesa kerajaan menaik taraf sekolah kebangsaan dari segi kualiti guru, peralatan dan kurikulum agar sekolah itu menjadi pilihan utama rakyat negara ini.

"Menerusi Biro Integriti Perkasa pula, kita akan terus memantau agar kerajaan dapat bebas daripada gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kita ucapkan tahniah kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kerana berjaya menangkap pegawai kastam yang menjadi petualang dan pengkhianat namun masih ada banyak lagi perkara perlu dilakukan," katanya. - SUMBER

3 comments:

Anonymous said...

Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..

Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hubungi sms ke 013 2704567..anda akan dihubungi ...ayuh selamatkan tanah melayu !!

Anonymous said...

Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..

Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hubungi segera sms ke 013 2704567..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

Anonymous said...

Mohon tompang Iklan