Geng Bas Sekolah

April 8, 2013

Nasruddin Hassan Tidak Layak Untuk Temerloh


Tuan Ibrahim Tuan Man ni reti bahasa ke tak ? Kalau dah rakyat Pahang tolak PAS, faham faham sendiri je lah. Ini ada hati lagi nak cakap PAS boleh menang 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen di Pahang ni.

Lepas tu nak hantar pulak Nasruddin Tantawi bertanding di temerloh ni. Alahai jangan buat malu lah.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, rakyat boleh menilai kemampuan dan prestasi sebenar pemimpin parti itu, termasuk di dua kerusi DUN yang dimenangi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu.

"Rakyat Pahang tahu siapa yang harus mereka pilih. Kita bukan terlampau yakin tetapi jika masa tsunami politik 2008 lalu pun, kita hanya kalah kepada Pas di dua kerusi (Kuala Semantan dan Beserah) dengan dua lagi DUN dimenangi DAP.

Mengulas mengenai Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang akan bertanding di Parlimen Temerloh, Mohd. Sharkar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen itu berkata, pihaknya bersedia menentang sesiapa sahaja calon pembangkang termasuk orang luar seperti Nasruddin.

"Nasruddin 'baru sampai' di Temerloh beberapa hari sahaja. Saya nak kata, hanya orang Temerloh yang tahu lorong-lorong di Temerloh. Ini boleh dirujuk pada hadis Rasulullah yang menerangkan hanya orang tempatan mengetahui selok-belok keadaan sebenar.

No comments: