January 7, 2012

Nasrudin Hassan at-Tantawi Desak Pembangkang Mohon Maaf

“Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penganiayaan yang dilakukan,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Katanya, kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, katanya jika beliau turun pada perhimpunan 901 kelak, bukan turun untuk Anwar dan kerana Anwar.

“Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan Umno dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah, menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya,” tulis beliau di dalam blognya. - Harakahkahkah


Perghh "Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penganiayaan yang dilakukan". Ayat penuh makna tu tapi pernah ke puak pembangkang ni terfikir yang mereka juga melakukan kezaliman dan penganiayaan.

Selama ini puak pembangkang juga menzalimi DS Najib apabila menyebarkan pelbagai fitnah terhadap beliau. Nasrudin kata BN merosakkan maruah orang sebelum bersalah. Habis yang mereka fitnahkan DS Najib dengan Altantuya, fitnahkan Rosmah dengan cincin, fitnahkan DS dan isterinya semasa menunaikan Haji apa cerita? Kan merosakkan maruah orang juga tu?

Kalau bercakap memang pandai. Kalau nak tunjuk baik, tunjuk alim warak memang pandai. Tapi perangai sendiri tak mencerminkan apa yang dicakapkan. 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

  1. Inilah manusia munafik yang disebut dalam AlQuran.

    Ingat bala Allah swt datang dalam pelbagai cara.

    Ahli PAS juga tak terkuali.

    ReplyDelete

Terima Kasih Di Atas Pandangan Yang Diberikan