Geng Bas Sekolah

November 24, 2008

Politik Bola

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melantik Exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd. Radzi yang kini menghadapi tuduhan rasuah, sebagai Pengurus Liga Super yang akan bermula 3 Januari depan.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Mohammad Nizar yang dilantik sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (Perak FA) yang baru, selepas mempengerusikan mesyuarat majlis persatuan itu di Bangunan Perak FA di sini semalam.

Jamaluddin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan negeri kini menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah bersama dengan seorang lagi Exco, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu berhubung projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, dekat sini pada Ogos lalu.

Mengulas mengenainya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menyifatkan pelantikan Jamaluddin membuktikan kerajaan pakatan pembangkang tiada integriti.

"Mereka hanya pandai bercakap. Sepatutnya mereka mencontohi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang didakwa di mahkamah dan tidak teragak-agak mengenakan hukuman," katanya.

"Selama ini mereka laungkan prinsip integriti kerana jika kesalahan orang lain terutama orang BN, mereka sibuk mempertikaikan.

"Tetapi apabila berlaku kepada orang mereka, kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan sedemikian,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Nur Sejahtera Kanser Pangkal Rahim anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.

Inilah dikatakan "cakap tak serupa bikin" oleh pihak Pakatan Rakyat. Dahulu jika ahli BN didapati bersalah mereka akan melemparkan pelbagai kata nista. Kini apabila terjadi kepada ahli mereka, mereka sanjung sehingga memberikan jawatan penting. Inilah realiti dunia politik. Mereka pasti tidak membuka pekung didada demi kuasa dan jawatan.

Sudahlah pasukan bola sepak negara tidak bermaya. kini ia diterajui oleh orang yang didakwa rasuah. Bagaimanalah nasib bola sepak negara kita dimasa depan. Didalam hal rasuah, saya tetap berpendirian bahawa orang yang melakukan/terlibat dengan rasuah dianggap TIDAK AMANAH. Dan orang yang TIDAK AMANAH dianggap MUNAFIK. Dan orang MUNAFIK tidak boleh lagi dipercayai oleh masyarakat.

Orang yang terlibat rasuah perlu meletak jawatan didalam kerajaan dan parti. Malah mereka harus berundur dari arena politik. Bukan digantung tapi disingkirkan terus. Memang ada orang yang tidak senang dengan kenyataan ini tetapi inilah yang harus dilakukan demi masa depan negara. Rasuah adalah salah satu penyebab keruntuhan negara.

Renung renungkan dan selamat beramal.

2 comments:

AbgTuah said...

Salam perkenalan,

Artikel posting yg baik, berilmiah menambah pengetahuan. Teruskan usaha tuan.

Inshallah jika kelapangan dari masa kesemasa kawan akan terus melawat ahli BPN.

Dari http://abangtuah.blogspot.com ahli BPN.

Jeepers Creepers said...

Selamat datang dan terima kasih abg tuah.