Geng Bas Sekolah

November 14, 2008

MCA membantah keras cadangan bekas CJ

MCA membantah keras cadangan bekas Ketua Hakim Negara (CJ), Tun Abdul Hamid Mohamad supaya undang-undang lazim dan undang-undang Syariah di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, diharmonikan melalui penggabungan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah.

Abdul Hamid dilaporkan berkata, pendekatan itu mampu direalisasikan kerana hakim yang sama boleh mendengar kedua-dua kes sivil dan Syariah manakala peguam bukan Islam berhujah mengenai isu yang melibatkan undang-undang Syariah.

Beliau membuat cadangan itu ketika memberi syarahan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Harvard baru-baru ini. Abdul Hamid dijemput menyertai program Pengajian Undang-Undang Islam bagi membentangkan syarahan Al-Razzaq Al-Sanhuri bertajuk ‘Mengharmonikan Undang-Undang Lazim dan Undang-Undang Syariah di Malaysia: Satu Pendekatan Praktikal’.

Mengulas cadangan tersebut, Pengerusi Biro Undang-undang MCA, Datuk Leong Tang Chong berkata cadangan itu akan menyebabkan bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Syariah.

"Cadangan yang dibuat oleh Tun Abdul Hamid itu akan memaksa bukan Islam tertakluk kepada bidangkuasa Syariah dalam semua perkara perundangan, termasuk kes antara agama yang berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian," kata Leong dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, sebarang langkah memaksa bukan Islam tertakluk kepada bidangkuasa Syariah melanggar Artikel 11, Perlembagaan Persekutuan.

Artikel tersebut, katanya, menjamin kebebasan agama sepenuhnya kepada semua pihak untuk menganut dan mengamalkan agama emereka, mengikut peruntukan undang-undang.

Oleh itu, kata Leong, kebebasan hakim mahkamah sivil hendaklah dikekalkan di bawah kuasa mahkamah sivil dan tidak tertakluk kepada interpretasi Syariah.

Beliau menyifatkan cadangan Tun Abdul Hamid supaya digabungkan kedua-kedua mahkamah tersebut sebagai 'tidak bertanggungjawab' kerana Malaysia adalah negara pelbagai bangsa dan agama.

Cadangan tersebut, tegas Leong lagi, boleh menimbulkan rasa tidak senang dan juga kebimbangan serta keraguan di kalangan mereka yang menganut agama selain dari Islam.

3 comments:

. said...

Itu satu cadangan yang baik. Bagi MCA, kalau nak bantah pun dengarlah dulu cadangan tu baik2. Usah nak bantah, bantah, bantah saja.

bungaraya said...

MCA baca nanti baik-baik apa yang dicadangkan tersebut. Mana tau dalam kandungannya semua masyarakat cina, jika melakukan kesalahan akan di hadiahkan Eurocopter sebuah seorang.
Bukankah rugi namanya tu.
Itulah, jangan bangkang tak menentu.Nanti kerugian.

Jeepers Creepers said...

Mereka membantah kerana agama. Sesungguhnya orang nasrani dan yahudi tidak akan redha dengan islam sehinggalah kita mengikut telunjuk mereka.