Geng Bas Sekolah

October 23, 2008

Takziah Buat Keluarga Samad Lefthanded

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pemain gitar utama kumpulan rock Lefthanded, Abdul Samad Mian meninggal dunia di sini hari ini.

Menurut isterinya, Norliza Sumairi, Samad terjatuh kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi ketika berada di pejabat abangnya di Ampang.

Samad, 45, kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan disahkan sudah meninggal dunia.

Norliza berkata jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Langat petang ini.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak berumur antara enam dan 18 tahun.

Sejak meninggalkan Lefthanded kira-kira dua tahun lalu, anak kelahiran Johor Baharu ini lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaan sendiri.

Beliau yang menyertai dunia muzik sejak berumur 20 tahun, pernah menjadi pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Samad memenangi anugerah kategori Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995.

1 comment:

nobisha said...

al-fatihah. semoga allah s.w.t. merahmati rohnya.