Geng Bas Sekolah

October 9, 2008

Sejarah Kembali Berulang



Dahulu Tunku Abdul Rahman meletak jawatannya setelah terjadinya peristiwa 13 mei, dan kini perdana menteri ke 5 Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan langkah yang sama. Pak Lah telah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan menyerahkan kepimpinan negara kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac depan demi kepentingan parti dan kerajaan.

Sebelum tempoh peralihan kuasa dilaksanakan Mac depan, beliau mahu melaksanakan tiga inisiatif bagi membolehkan negara terus melangkah maju, memperbaiki daya saing dan mengharungi cabaran luaran.

“Saya menyeru seluruh rakyat agar bersatu bersama saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik,”

Tiga inisiatif itu adalah memperkukuhkan institusi negara seperti badan kehakiman dengan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diberi mandat dalam pelantikan hakim, membentangkan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Parlimen dan menubuhkan Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

“Saya ingin menyerahkan kepada bakal pengganti saya, Najib, sebuah negara yang mampu berhadapan dengan sebarang cabaran ekonomi global; Malaysia yang tidak mengira atau memandang miskin atau kaya, tua atau muda, di bandar atau di desa, utara atau selatan, apatah lagi kaum atau agama, melainkan perpaduan dan keharmonian.’’

2 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

salam singgah. salam aidilfitri

YB Raz Gothic said...

Selamat Aidilfitri saudara. terima kasih kerana sudi meluangkan masa datang blog saya.