Geng Bas Sekolah

October 13, 2008

Rapuhnya Pegangan Melayu

Bagi Yb "Tabung Azan dan Tulisan Jawi" patut dipuji. Didalam kes Tabung Azan, sudah tiba masanya untuk orang melayu bersatu menolong akhbar bahasa sendiri. Sudahlah akhbar jawi terjejas penjualannya, akhbar bahasa malaysia turut disaman. Sudah terang lagi bersuluh ada gerakan tertentu yang cuba menekan bangsa melayu di tanahairnya sendiri.

Utusan Melayu adalah akhbar pertama terbitan anak melayu. Akhbar yang meniup semangat kemerdekaan dan sayangkan tanahair kepada anak anak melayu sebelum merdeka dan selepas merdeka. Tetapi kini amat memalukan ada segelintir orang melayu sendiri yang menolak akhbar melayu. Kononnya ianya tidak sehaluan dengan pegangan parti politik yang dianutinya.

Cuba lihat masyarakat cina. Walaupun mereka berlainan parti politik tetapi mereka sama sekali tidak menolak atau mengecam akhbar mereka malah mereka sanggup bersatu menentang sebarang pengecaman terhadap akhbar bahasa mereka sendiri.

Begitu juga dengan bahasa mereka. Seluruh Malaysia ini saya percaya setiap kedai cina pasti mempamerkan nama gerai dalam bahasa mereka. Percaya atau tidak, ianya lebih besar dari bahasa malaysia yang dipamerkan. Tetapi kita orang melayu tidak pernah mempersoalkan kewajaran penggunaan bahasa mereka pada papan tanda kedai mereka.

Sayangnya kini ada diantara bangsa mereka yang memberani mempersoalkan penggunaan tulisan jawi yang merupakan identiti dan warisan bangsa melayu. Dan ada orang melayu turut bersama mereka memperkecilkan warisan bangsa sendiri. Memalukan apabila orang melayu tidak boleh bersatu malah turut berkerjasama dengan musuh melayu mempersendakan bangsa sendiri.



Renung renungkan dan selamat beramal.....

3 comments:

azlishukri said...

saya link blog saudara. salam hari raya.

Admin said...

Pohon izin untuk linkkan blog saudara ke blog saya!

Awang Kata said...

Orang Melayu tak boleh anggap ini isu remeh. Ini isu biadab dan tidak sepatutnya seorang YB bertindak sedemikian. Bertindak ala .com.u.nis. Apa makna kebebasan kalau tanpa adab dan tak tahu peraturan susila kita di sini.