Geng Bas Sekolah

October 11, 2008

Melaka Yang Gagah

Tergelak Yb baca paper hari ni. Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.

Penganugerahan itu menjadikan Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama ber gelar Datuk. Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Alahai senangnya orang dapat title "Datuk" kat Malaysia ni. Bagi Yb tak ada bezanya dia berlakon atau tidak dinegara ini. Sedangkan ramai lagi "pelakon lama" di Malaysia yang belum mendapat apa apa pengiktirafan dinegara sendiri. Maybe betullah kata kata orang dulu. "Kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan" Renung renungkan dan selamat beramal.

No comments: