Geng Bas Sekolah

October 3, 2008

Hndraf Kembali Mengganas

Yb tidak berkesempatan menonton sebarang berita pada hari raya ini kerana kehadiran sanak saudara serta rakan taulan tak putus putus datang ke rumah. Perkara ini hanya diketahui oleh Yb apabila mebaca utusan malaysia pada hari ini. Rupa rupanya Hindraf telah membuat onar di majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di PWTC .

Dikatakan hampir seribu pengikut HIndraf hadir untuk menyerahkan kad raya yang ditandatangi oleh pengikut mereka dengan mesej pemimpin mereka dibebaskan dari tahanan ISA. Tindakan anggota Hindraf yang bersikap kurang ajar dengan memotong barisan orang ramai dan menjadikan kanak kanak sebagai benteng mereka menyebabkab berlaku sedikit kekecohan. Mesej yang disampaikan Hindraf ialah

“Mesej kami ialah kami mahukan hero-hero kami dibebaskan. Ini adalah rumah terbuka dan kami boleh datang, jika kami mahu. Semasa hari raya ini, kita sepatutnya bermaaf-maafan.

“Jadi, kami memaafkan dosa-dosa UMNO terhadap komuniti India. Kami hanya mahu tahanan Hindraf dibebaskan,”



"Mesej kami ialah kami mahu hero hero kami dibebaskan". Adakah mereka ingat ini filem tamil. Pemimpin mereka digelarkan sebagai hero. Dan ini bermakna Pak Lah memainkan watak orang jahat. Hindraf rupa rupanya tidak berpijak dibumi nyata. Mereka sangka mereka didalam filem tamil. Dimana rakyat akan menyokong mereka dan merusuh. Dan akhirnya hero hero mereka dibebaskan lalu kerajaan *watak jahat* akan tumbang dan mereka menang.

Hohoho ending yang mereka mahukan adalah "happy ever after". Hindraf ini bermimpi disiang hari. Sama seperti mimpi DSAI yang mahu menjadi perdana menteri pada 16 september lalu.

Bagi Yb tindakan Hindraf ini sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya rusuhan kaum. Tindakan mereka mengganggu dipagi syawal ini boleh menyebabkan sentimen agama serta perkauman. Diharap kejadian seperti ini tidak lagi berulang dimasa hadapan.


No comments: