Geng Bas Sekolah

October 5, 2008

Hindraf tidak biadab - Presiden PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penyokong Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) tidak biadab apabila bertemu Perdana Menteri pada rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet beragama Islam Rabu lalu.

Beliau berkata, tindakan penyokong Hindraf bertemu dan menyerahkan memorandum kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu bukan sesuatu yang biadab dan perlu dipandang dari sudut positif.

"Mereka dibenarkan masuk, mereka masuklah... kalau tak dibenarkan, macam mana mereka hendak masuk. Saya rasa itu tidak biadab, itu demokrasi... biasa. Kalau kita tengok di negara Barat, mereka benarkan orang demonstrasi di depan Rumah Putih... itu biasa... Kita kena lihat ini sebagai satu perubahan zaman Perdana Menteri kitalah.

Pada YB tindakan hindraf ini biadap. Biadap kerana mengganggu majlis orang. Iya memanglah PakLah membuat majlis rumah terbuka. Semua kaum dijemput hadir tetapi biarlah beradap. Bukannya menyerbu masuk dan menyerahkan memorendum kepada tuan rumah. Itu bukanlah masa yang sesuai.

Tindakan hindraf ini mencerminkan pemikir yang yang daif, pemikiran yang tidak matang Kebudak-budakan. Tak apalah dengan tindakan hindraf yang tidak sopan kerana mereka bukanlah orang melayu yang menitik beratkan adap sopan.

Yang Yb turut dikesalkan adalah tindakan presiden PAS - Hadi Awang yang turut mempertahankan tindakan kurang ajar hindraf ini. Sebagai seorang MELAYU beragama ISLAM, Hadi Awang sepatutnya menegur tindakan hindraf. Menegur bukan dalam erti kata mencela tetapi memberi nasihat dan panduan kepada mereka.

Sebagai MELAYU, adap sopan amat penting. Orang MELAYU dahulu dipandang tinggi kerana adap sopan mereka berbanding masyarakat lain. Apatah lagi agama ISLAM amat menitik beratkan kesopanan dan keluhuran budi pekerti.

Kalau kita tengok di negara Barat, mereka benarkan orang demonstrasi di depan Rumah Putih... itu biasa

Berkenaan dengan kenyataan "demonstrasi di depan Rumah Putih", itu bukanlah budaya rakyat negara ini. Rakyat Malaysia bukanlah satu kaum yang suka menunjuk perasaan secara "liar". Kita adalah rakyat dinegeri timur yang pentingkan budaya sopan dan beradap. Kenapa mesti kita ikut budaya politik barat yang merosakkan sedangkan sebahagian warga barat mengakui rakyat Malaysia adalah antara rakyat yang bersopan.

1 comment:

Awang Kata said...

Tak biadab tapi dah jadi kurang ajar.Itulah mahalnya kebebasan. Dulu dan selamanya begitu...bebas. Nak mencuri ke, nak rompak ke,nak kata Hindraf tak biadab ke,tetapi undang-undang pula bebas mengadilinya.