Geng Bas Sekolah

September 13, 2008

Tiga Ditahan Dibawah ISA


Selain dari Raja Petra, dua orang lagi turut ditahan dibawah tahanan ISA iaitu Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahanan itu perlu dilanjutkan.

Walau bagaimanapun wartawan Sin Chew Daily iaitu Tan Hoon Cheng telah dibebaskan petang tadi.

Teresa, 44, ditahan oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kereta peronda ketika Ahli Parlimen Seputeh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kinrara itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di ibu negara pukul 11.20 malam ini.

Penahanan ahli politik yang masih bujang itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa beliau mengeluarkan arahan melarang azan dilaungkan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dan surau.

Wakil rakyat DAP itu dilaporkan turut cuba menghapuskan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan di ibu negara dan mencadangkannya digantikan dengan tulisan Cina serta Tamil.

Penahanan Tan Hoon Cheng dipercayai ada kaitan dengan laporan wartawan itu dalam akhbar Sin Chew Daily yang memetik kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina Malaysia adalah pendatang di negara ini. Dalam kes Hoon Cheng, laporan beliau itu menimbulkan kontroversi di seluruh negara yang akhirnya menyebabkan Ahmad digantung keahlian UMNO selama tiga tahun dalam satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO Rabu lalu.

Pada aku penahanan mereka memang wajar terutama Anak Dara Tua Teressa kerana sikapnya yang sememangnya lantang menentang hak istimewa orang melayu dan juga agama Islam. Malah dia diantara yang mencadangkan ladang ternakan babi dilaksanakan secara besar besaran di Sepang tidak berapa lama dahulu.

Walau bagaimanapun tindakan kerajaan ini pasti akan memberi lebih banyak peluang untuk pihak pembangkang memenangi hati rakyat. Namun tindakan ini perlu diambil untuk mengawal masalah yang boleh menjadi punca kehancuran kepada negara suatu hari nanti.

No comments: