Geng Bas Sekolah

September 8, 2008

Politik Wang


Kini sudah tiba masanya bagi BN dan khususnya UMNO untuk melakukan sesuatu yang drastik dalam usaha membendung pelbagai gejala politik wang. Masalah politik wang bagaikan barah yang terus menjalar ke dalam tubuh parti tersebut. Mungkin ramai yang tidak senang dengan pendedahan mengenai masalah rasuah politik berkenaan tetapi UMNO tidak boleh selama-lamanya hidup dalam dunia penafian.

Gejala politik wang bukanlah rahsia malah ia sudah menjadi begitu serius sehingga mengheret Badan Pencegah Rasuah (BPR) campur tangan. UMNO seharusnya memasuki fasa tindakan yang lebih tegas iaitu 'operasi pembersihan'. Ertinya, UMNO tidak boleh lagi bertolak-ansur atau berlembut apatah lagi berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan politik wang. Jika sebelum ini mereka hanya dihukum gantung keahlian bagi tempoh tertentu mungkin selepas ini hukuman yang lebih berat patut dikenakan. Pemimpin atau ahli politik yang mengamalkan politik wang tidak kira sehebat manapun mereka perlu disingkirkan terus daripada parti.

Tiada guna kita berbangga mempunyai tiga juta ahli kalau sebahagian mereka terdiri daripada golongan yang tidak setia dan mengamalkan rasuah. Biarlah kita mempunyai ahli yang sedikit tetapi mempunyai kesetiaan yang tinggi kepada parti dan benar-benar ikhlas dalam perjuangan.

No comments: