Geng Bas Sekolah

September 18, 2008

Macam Macam Ada

Kelmarin Datuk Zaid meletak jawatan kerana kecewa dengan tindakan kerajaan menahan Raja Petra dan Teressa Kok dibawah akta ISA manakala semalam Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) tiga bulan selepas menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta bersedia menyokong usul undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata parti tersebut termasuk empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua Ahli Parlimen tidak akan menyertai pakatan pembangkang, sebaliknya mereka akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas.

Dan kini telah berakhirnya tempoh 16 september seperti yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim. Walaubagaimanapun tiada perubahan kerajaan telah berlaku kelmarin. Dan kini berbagai bagai komen telah dilemparkan oleh penyokong kerajaan terhadap Anwar Ibrahim.

Namun diharap Pak Lah janganlah bergembira dahulu. Kita masih tidak tahu apa rancangan Anwar selanjutnya. Dengan keluarnya Zaid dan parti maju sabah, Anwar boleh mendapat kekuatan baru walaupun mereka menyatakan tidak akan menyokong Anwar. Dan selepas ini berbagai kemungkinan boleh berlaku. Mungkin secara tiba tiba akan ada ahli parlimen yang berpaling tadah.

No comments: