Geng Bas Sekolah

September 7, 2008

Khalid Ibrahim Cendol

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

"Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini.

Baru menjadi menteri besar dah pandai buat perangai si khalid cendol ni. Kononnya sekiranya seorang menteri itu melawat mangsa bencana maka itu hanyalah satu gimik politik. Dan "Orang yang berada dalam kecemasan bukan mahu sokongan moral, dia mahukan pertolongan. Apa dia tak tahu mangsa bencana juga memerlukan sokongan moral. Ketika mereka susah, masa itulah seorang pemimpin perlu hadir untuk menunjukkan keprihatinannya kepada mangsa. Bukannya hanya semasa pilihan raya saja mereka tunjuk muka. Bila tamat pilihan raya terus hilang tak muncul muncul.

Lagi satu apa sebabnya dia datang bawak sampai 15 20 orang. Bukannya nak pergi makan kenduri atau rumah terbuka. Apa kau tak boleh datang sendiri ke ataupun datng jelah bersama drebar dan seorang pembantu khas. Ini sampai nak bawak pengiring mengalahkan raja lak. Pelik betul akhlak orang politik ni. Memang cendol mamat khalid ni.



No comments: