Geng Bas Sekolah

December 11, 2007

Perhimpunan BERSIH Di Parlimen

KUALA LUMPUR: Polis hari ini bertindak meleraikan satu perhimpunan haram penyokong Bersih yang didalangi parti pembangkang, yang mengingkari perintah mahkamah melarang mereka daripada berhimpun di bangunan Parlimen.



Dalam gerakan itu, polis menahan 12 orang di beberapa lokasi sekitar situ, termasuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang membolosi sekatan polis di laluan utama menghala ke bangunan Parlimen.

Tian Chua yang menaiki sebuah kereta dilaporkan membolosi sekatan polis di di Jalan Parlimen, berhampiran pintu masuk utama ke Parlimen sementara seorang lelaki yang bersamanya di dalam kenderaan tersebut turut ditahan.

Polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), ditempatkan di beberapa lokasi berhampiran bangunan Parlimen pagi ini dan memeriksa kenderaan yang menghala ke pintu utama Parlimen.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman memberitahu pemberita, polis terpaksa bertindak menahan beberapa peserta perhimpunan haram itu mulai pukul 9 pagi setelah mereka berdegil untuk memasuki kawasan Parlimen.

Semalam polis Kuala Lumpur mendapat perintah mahkamah bagi melarang penyokong Bersih daripada berkumpul di bangunan Parlimen, konon bagi kumpulan itu menyerahkan satu memorandum yang membantah satu rang undang-undang pindaan perlembagaan yang dibentangkan hari ini. BERNAMA

No comments: